Dapatkan Informasi Menarik Di Sini

Promosi Streamyx

May 2nd, 2009 Posted in Articles, Breaking News, Information

Pada 2hb Mei baru2 ni.. Osman dengan member-member telah pergi ke Kuang di rumah anak yatim dekat kawasan tersebut. Tujuan kitaorang pegi sana adalah untuk mempromosikan barangan daripada TMNET iaitu Streamyx Combo yang terbaru. Disebabkan pemilihan kawasan yang kurang menarik minat golongan kawasan setempat untuk melayari Streamyx menyebabkan promosi dijalankan agak hambar dan kurang sambutan. Haha.. Osman tak nak komen pasal tidak ada sambutan kerana pemilihan tempat untuk promosi mungkin adalah salah satu faktor yang besar menyebabkan masalah ini berlaku. Promosi dijalankan pada tengah hari hingga ke petang, walaupun kitaorang datang pada waktu pagi. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan orang mendaftar dengan pakages2 terbaru daripada TM iaitu Streamyx Combo tetapi kebanyakkan orang ramai yang mengunjungi membuat aduan dan komplaen terhadapat produk TM nieh. Alamak Osman terlajak cerita pulak pasal promosi nie… Untuk makluman, Streamyx Combo lebih menjimatkan daripada Streamyx asal sebelumnya.

Terdapat beberapa pakages yang disediakan iaitu RM60, RM110, RM140 dan RM160. Biasanya yang menjadi pilihan orang ramai adalah packade RM110 kerana kelajuan lebih baik berbanding package RM60. Ini tidak bermakna package RM60 tidak bagus, ianya sudah cukup baik jika dibandingkan dengan TMNET 1515 dengan kelajuan 56kbps sahaja.

Mengapa perlu broadband Streamyx Combo hari ini? Semua orang suka penjimatan kan!!!!!! Tahukah korang berapa bayaran yang dikenakan oleh penyedia Cyber Cafe hari ini. Senang-senang aje kena bayar paling murah pun RM1.50 sejam. Kalau sehari korang guna sejam sebulan dah pun RM45.00 I. Itu baru 30 jam sebulan. Ini tak masuk jika anak korang yang pergi ke Cyber Cafe tanpa pengetahuan anda itu. Jadi mengapa perlu bayar lebih jika korang mampu mempunyai capaian internet dirumah:-

* Korang Jimat dan Jimat. Lagi banyak masa anda melayari internet lagi anda jimat dengan streamyx ini.
*Korang selesa dan selesa. Dirumah anda bebas melayari internet tak kira masa dan waktu.
*Anak korang selamat dan selamat. Dirumah anda dapat mengawasi anak korang 100%. Mungkin gejala social yang korang tidak ingini dapat dibendung. Tahukah korang! Terdapat banyak laporan gejala sosial yang tidak sihat berlaku ketika anak korang berada diluar rumah.

Semasa pendaftar dilakukan, korang dikehendaki membawa kad pengenalan (salinan) dan terdapat beberapa kos permulaan contoh pengaktifan Streamyx RM88, Deposit untuk dua bulan (ikut package), Wang Pos RM10.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags: , , , , ,

Post a Comment