Pembinaan Dan Pemasangan Saluran Pembentung
August 10th, 2011 Posted in Articles, Information | No Comments »Kali ini aku tengah kebosanan dan ingin berkongsi maklumat yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama berkaitan prosedur serta kaedah pemasangan saluran pembentung dan pembinaan lurang (manhole) yang dijalankan di tapak bina Lot 54, Taman Kelana, Mukim Alor Malai, Daerah Kota Setar, Kedah. Kerja-kerja ini dilakukan pada tahun 2006.
Kerja-kerja pembinaan dan pemasangan pembentung perlulah berpandukan kepada lukisan pembentung yang telah disediakan. Kerja-kerja pemasangan saluran pembentung ini adalah untuk membolehkan sisa najis daripada setiap rumah disalurkan terus ke loji rawatan kumbahan (STP). Di dalam pemasangan saluran pembentung, kerja-kerja pembinaan lurang pembentung juga perlu dilakukan. Lurang ini diperlukan sebagai perantaraan untuk mengalirkan bahan sisa ke loji rawatan kumbahan tersebut.
PROSES PEMBINAAN
Proses pembinaan merupakan kaedah sesuatu kerja yang dilakukan. Setiap kerja pembinaan yang dilakukan, ianya mestilah mengikut prosedur pembinaan dari awal hingga ke akhir. Ini bertujuan untuk membolehkan serta memastikan kerja-kerja pemasangan dan pembinaan saluran pembentung mahupun lurang dilakukan dengan mudah, cepat dan teratur. Oleh itu, aku dapat menerangkan dengan lebih teratur dan kemas tentang prosedur yang berlaku semasa kerja-kerja pembinaan tersebut. Di dalam menghuraikan prosedur yang berlaku semasa pembinaan dilakukan, aku akan menerangkannya melalui kaedah carta aliran. Melalui kaedah carta aliran ini, aku dapat menyampaikan dan menerangkan daripada setiap peringkat dari awal hingga akhir dengan terperinci dan ianya dapat difahami yang mudah.
Proses pembinaan yang berlaku mestilah mempunyai sebab-sebab tertentu dan kenapa ianya perlu dilakukan akan diterangkan dengan lebih terperinci di dalam setiap bahagian yang ditunjukkan dalam carta aliran dibawah.
Tags: lurang, manhole, pembentung, pembinaan, pembinaan lurang, saluran pembentung




Seperti gambar yang disertakan dalam artikel ni, korang boleh lah bayangkan apakah pandangan korang dan orang luar apabila melihat orang kita berpakaian macam itu dikhalayak ramai. Sudahlah bawa motosikal pelahan, makan jalan tengah pula, dah tu, pakai seluar menampakkan seluar dalam pula.. itu yang akan menimbulkan keadaan yang kurang enak.
Kehangatan untuk perlawanan ini dirasakan oleh semula lapisan masyarakat di dunia, termasuklah di Malaysia dengan pilihan pasukan masing-masing. Pelbagai promosi dilakukan dengan memuji pasukan masing-masing dengan kehebatan masing-masing. Tapi, apa yang Osman cakapkan sebelum ini, Barca tetap menang, tak besar pun 2-1. Malam ini adalah penentunya, Osman tidak lah mahu cakap yang 100% akan dimenangi oleh Barca, mungkin Man Utd akan ada sedikit tentangan, tetapi tidaklah begitu menggugat permainan Barca.






Jom kita tengok, apa fungsi lif bomba ini. Apabila berlakunya kebakaran, Lif Bomba merupakan pengangkutan yang digunakan untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap di dalam bangunan tersebut. Lif Bomba mempunyai perbezaan berbanding dengan lif biasa.
Apa yang Osman ketahui, Lif Bomba berbeza daripada lif biasa, yang mana ia mempunyai sumber bekalan kuasa bantuan yang dijanakan oleh generator pada bilik Genset. Sistem ini membolehkan arus elektrik AC diubah dan diselaraskan dengan bekalan kuasa kecemasan “Emergency Power Supply” (EPS) yang terdapat pada sistem automatik bangunan setelah 5 saat terputusnya bekalan elektrik, EPS akan menghidupkan system lif bomba melalui isyarat lampu, kedudukan lampu yang strategik akan memudahkan penumpang mengosongkan bangunan. Ini akan membolehkan lif bomba melakukan aktiviti pertolongan terhadap penumpang yang terperangkap di dalam bangunan.

